PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor
Oleh : Cikgu Rajan Manikesavan
Naib Ketua DHPP Negeri Selangor
KOTA RAJA, 13 Oktober – Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja, meneruskan gerak kerja pengagihan bantuan barangan dapur ‘Bakul Prihatin’ sumbangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada 10 buah keluarga yang menetap disekitar kawasan Taman Sentosa, Klang di bawah Parlimen Kota Raja (P111).
Menurut Ketua Wanita DHPP Kota Raja, Puan Chandra antara penerima sumbangan ‘Bakul Prihatin’ tersebut termasuk golongan ibu tunggul, OKU dan B40 serta buat mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
PAS Kawasan Kota Raja menerusi DHPP kawasan terus berusaha semampu yang boleh demi meringankan beban mereka yang memerlukan. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima serta dapat meringankan sedikit beban hidup seharian mereka.
Sumbangan ‘Bakul Makanan’ tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ketua DHPP Kota Raja, Cikgu Rajan merangkap Naib Ketua DHPP Selangor. Turut hadir bersama menyantuni para penerima Timbalan Ketua DHPP kawasan, Tn. Duray, Setiausaha DHPP Kota Raja, Tn. Paramaguru dan AJK DHPP Kota Raja, Pn.Visa.
Lajnah Penerangan & Media Baru Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor