Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Huzaifah Al Yamani
SUNGAI TUA, 10 Oktober – Pemuda PAS DUN Sungai Tua bersama dengan Jabatan Pilihan Raya DUN Sungai Tua telah turun menyantuni serta menyampaikan sumbangan bantuan ‘Bakul Prihatin’ Perikatan Nasional kepada penduduk setempat yang memerlukan bantuan disekitar 4 lokaliti iaitu Kg Sungai Kertas, Flat Kenanga, Kg Nakhoda Dan kg laksamana dalam masa 2 hari.
Fokus sasaran penerima Bakul Prihatin adalah orang muda. Sumbangan yang telah dihulurkan, termasuk ‘Bakul Prihatin’ yang terkandung didalamnya barangan asas dapur, sepeket beras serta sedikit bantuan wang tunai.
Golongan muda sangat terkesan akan pandemik Covid-19 dari aspek kerja dan akademik mereka. Tindakan prihatin ini wajar diberi titik fokus dalam menangani kesan pandemik.
Turut serta juga Syabab Care, Halwa Sungai Tua Dan Ahli cawangan di DUN Sungai Tua.
Semoga segala bantuan yang telah dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dipikul mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor