Home Berita PAS Melaka

Jenazah abang kepada Ketua Penerangan PAS Melaka selamat dikebumikan

77
SHARE

Oleh IBNU JANIE

TANGGA BATU, 12 Okt: Jenazah Almarhum Baharin Jamaluddin, 59, yang merupakan abang kepada Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Salleh, di sini, tengah hari tadi.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di Masjid Tun Ghaffar Baba, Sungai Udang, selepas solat Zohor oleh saudara mara, sahabat handai dan ahli kariah.

Alhamarhum yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihan Raya DUN (JPrD) PAS Pantai Kundur dan Bendahari PAS Cawangan Tangga Batu Kecil menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 pagi tadi di rumah Bakri akibat serangan jantung.

Almarhum Baharin Jamaluddin

Tambah Bakri lagi, Almarhum abangnya itu merupakan seorang yang komited terhadap tugasnya pada parti lebih-lebih lagi pada waktu sekarang ini PAS di peringkat cawangan, dewan-dewan dan kawasan sedang sibuk dengan mesyuarat agung tahunan.

“Kita sedang menghadapi mesyuarat agung ni, dia punya gigih bekerja untuk PAS. Dia berjuang hingga saat terakhir. Pada hal dia tahu dia tak sihat.

“Tapi dia gigih menyiapkan semua dokumentasi dan menghantar sendiri dokumen-dokumen yang telah siap ke pejabat Perhubungan PAS Melaka di Semabok.

Almarhum meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang kini berusia dalam lingkungan 20an.

Antara kenamaan yang hadir menziarahi ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen dan Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Melaka, Zainudin Latif dan Farid Samiun.