Home Berita PAS Selangor

Ucapan penangguhan KP sesi baru – DPPK Hulu Selangor

1782
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

HULU SELANGOR, 9 Oktober – Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor Saudara Mohd Zulwafi Bahaudin telah memberi ucapan penangguhan di penghujung Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor ke-31 selepas pengumuman keputusan pemilihan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor sesi 2021-2023.

Beliau berkata “Alhamdulillah, kehadiran Pemuda PAS Hulu Selangor pada hari ini dan para perwakilan dari cawangan-cawangan cukup membanggakan dan ucapan penghargaan tahniah dan terima kasih yang telah hadir”.

Antara yang disebut beliau adalah berkaitan 3 perkara utama, iaitu :-
1. Keluarga Pemuda PAS Hulu Selangor, Ketahuilah, keluarga ini adalah milik kita semua. Dan keluarga ini juga menyatupadukan kita semua. Yang kita sebutkan inilah ” Wehdatul Fikri, Wehdatul Amal ” Satu pemikiran dan satu amal. Diperingkat kita in sya allah akan merencanakan siri-siri program ke zon-zon dan cawangan-cawangan untuk menyantuni anak-anak muda di kawasan Hulu Selangor.

2. Persediaan dalam menghadapi PRU 15. Kita mencadangkan untuk memahami konsep 3M. Pertama, ” MANPOWER ” iaitu ianya datang daripada persiapan dariapda jentera kita. Kedua, “MEDIA” ini sangat penting kerana memandangkan situasi anak muda sekarang gemar menggunakan media sosial dalam citarasa mereka. Ketiga, “MONEY” duit adalah perkara yang penting juga kerana kita ingin menggerakkan jentera dan program-program yang dijalankan.

3. Bina generasi pelapis, Kita target umur dalam lingkungan 18 tahun ke atas untuk menyertai program pemuda, memperkasakan akademik anak muda dan berharap sumbangan tenaga dan idea daripada mereka.

katanya lagi “Akhir kata, Saya menyeru kepada semua pemuda untuk bersama membawa slogan iaitu ” ISLAM MEMIMPIN “.

Pemuda PAS Hulu Selangor berharap para Pemuda dapat membantu pimpinan kita dari sudut tenaga, wang, dan buah fikiran untuk melaksanakan gerak kerja Islam. Jatuh dan bangun bersama Islam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor