PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor
Oleh : Cikgu Rajan Manikesavan
Naib Ketua DHPP Negeri Selangor
KOTA RAJA, 9 Oktober – Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja, terus menggerakkan bantuan barangan dapur,pek makanan masak dan dana kepada keluarga yang kehilangan rumah untuk berteduh dan terpaksa tinggal dalam stor bengkel buat sementara waktu sehingga siap rumah yang telah roboh tempoh hari.
Dikhabarkan bahawa, pembinaan rumah tersebut telah di usahakan melalui NGO setempat, seorang daktor kesihatan dan DHPP demi perjuangan terhadap warga emas serta miskin tegar.
Menurut Cikgu Rajan, Mangsa yang dikenali En. P.Karunanithi, 59 tahun merupkan seorang pesakit kencing manis,darah tinggi dan berkerusi roda akibat 3 jari kakinya telah di potong.Seorang lagi warga emas juga Pn. Aravayi, 86 tahun juga sakit tua dengan beberapa komplikasi kesihatan beralamat di Batu 3 ½, Jalan Alam Nyata, Off Sungai Kandis, Kampung Jawa, Klang.
DHPP Negeri amat komited dalam membantu mereka dari pelbagai aspek kebajikan, semoga bantuan yang telah diberikan ini memudahkan urusan mereka. Mangsa menzahirkan rasa sangat berterima kasih atas sumbangan yang di usahakan. LKKPNS, DHPP, PAS Kawasan Kota Raja dan penduduk setempat tetap berusaha sekadar yang di mampu buat masa ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor