Home Berita PAS Wilayah

Santuni Mangsa Banjir Di Pusat Penempatan Sementara Rancha-Rancha

105
SHARE

Oleh : Khairul Anwar

LABUAN – Alhamdulillah pagi ini seusai menyambut ketibaan Menteri Wilayah Persekutuan YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim atas urusan lawatan kerja, PAS Kawasan Labuan diwakili YDP Tn Hj Hamir Zahari, TYDP Ustaz Ahmad Junid dan NYDP Tn Hj Abdul Rahim Mohd Salleh menziarahi mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Balai Bomba Rancha-Rancha.

Dimaklumkan sebanyak 8 buah rumah terlibat banjir di beberapa tempat berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Kita doakan agar kesemua mangsa yang terlibat dipermudahkan urusan, diberikan kekuatan dan perlindungan.