“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor
1. Banjir berlaku di Selangor akibat negara ketika ini mengalami tempoh Monsun Barat Daya yang melemah (monsoon break) yang membentuk awam aktif seterusnya hujan lebat dan ribut petir berlaku.
2. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia ketika ini fenomena garis badai (squall line) terjadi semasa hujung musim Monsun Barat Daya menyebabkan cuaca hujan lebat dan angin kencang berserta petir namun ia akan berkurangan apabila memasuki bulan Oktober.
3. Namun sebahagian banjir termenung di Kuala Selangor minggu lepas adalah disebabkan fenomena air pasang besar dan hujan yang berpanjangan.
4. Banjir di Dengkil pula kerap berlaku dan tahun ini sahaja sudah 6 kali banjir pada bulan Mei, Julai dan September, lebih-lebih lagi dalam tempoh peralihan Monsun ini. Namun sebab utama banjir adalah dari limpahan air sungai Langat apabila berlakunya hujan lebat di bahagian atas Hulu Langat dan menyebabkan kawasan rendah dipenuhi air.
5. Hujan lebat di Shah Alam sehingga menyebabkan banjir adalah daripada perubahan iklim dan kesan akibat kawasan tadahan hujan berkurangan kerana penerokan hutan yang dilakukan di kawasan Shah Alam untuk pembangunan menyebabkan kegagalan sistem saliran di bandar bagi menampung Kadar air hujan yang tinggi sehingga sungai melimpah.
29 September 2021 | 22 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor