Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS santuni keluarga mangsa banjir Kota Kinabalu

31
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin

Kota Kinabalu : Berikutan kejadian banjir yang menimpa Kota Kinabalu baru-baru ini, Muslimat PAS menyantuni lebih 40 buah keluarga mangsa banjir sekitar Menggatal pada Ahad lalu.

Sumbangan berupa barang keperluan harian seperti beras, telur, kopi, sardin, mi segera, biskut dan kicap disampaikan kepada 25 buah keluarga di Kampung Tobur Rampayan dan 21 keluarga di Kampung Gudon.

Serahan bakul makanan itu disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar (LKK DMPKS), Norrizani Musa.

Penduduk Kampung, Awang Nur mengucapkan terima kasih kepada PAS atas bantuan yang diberikan dan beliau mendoakan agar Allah membalas jasa baik para penyumbang.

Turut hadir dalam program tersebut adalah ahli jawatan kuasa Skuad Prihatin, Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Pas Negeri Sabah, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar dan AJK PAS kawasan Sepanggar.