Sebanyak 8 bot dan lebih 20 kenderaan pacuan empat roda bersama peralatan seperti chain saw, water pump, water jet dan ganerator serta peralatan Dapur Rakyat kesemua aset ini dan peralatan operasi banjir lain yang diperlukan kini diletakkan dalam keadaan bersedia dan boleh digunakan pada bila-bila masa untuk bergerak kawasan yang dinaiki air.
Melihat kepada kejayaan program Mock Drill yang dirasmikan penutupannya oleh Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor semalam, lebih 150 anggota termasuk pasukan penyelamat Amal telah bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi operasi menyelamat dan pasca banjir pada musim ini, Tahniah buat Pengarah Program Tuan Rizal Hj Mudi dan semua Jawatankuasa program yang menjayakannya dengan cemerlang.
Selain memeriksa kesemua peralatan tersebut, dalam program Mock Drill ini kita juga melakukan latihan kepada anggota amal dalam pengendalian bot dan teknik-teknik menyelamat di air serta pengunaan aset-aset penting menyelamat dan bersedia meletakkan mereka di tempat strategik.
Sementara itu, pihak kami melalui Bahagian Operasi yang diketuai oleh Tuan Normasrizal Abadi @ Abu Umar turut melakukan tinjauan di sekitar Kuala Selangor pada minggu lepas untuk melihat keadaan banjir dan memberi bantuan dan nasihat kepada penduduk sekitar dalam terkesan akibat banjir dan kebanyakan penduduk di negeri ini hanya mengambil langkah untuk berpindah di saat akhir apabila dilihat bahaya, dan keadaan akan menjadi lebih kritikal apabila berlaku pada waktu malam.
JAM mempunyai prosedur operasi standard (SOP), dan kita boleh melaksanakan operasi dalam beberapa keadaan, tidak kira siang atau malam, tetapi perlu kepada kebenaran daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba, JKM dan sebagainya, dan setakat ini Khidmat kami diterima dengan baik oleh mereka.