Home Berita PAS Perak

Doa elak sifat malas | Dr Najihatussalehah Ahmad

11710
SHARE
Tidak dinafikan sikap bermalasan, adakalanya menyinggah diri kita. Namun, jangan dibiarkan ia terus bersarang sehingga menyelimuti diri .
Mari kita sama-sama berusaha untuk mengurus dan menjauhinya agar kita tidak rugi di dunia dan akhirat.
.
Sikap malas yang berterusan akan mengundang kegagalan. Dengan melakukan kerja sambalewa , sudah pasti hanya menghasilkan kualiti yang tidak cemerlang.
.
Umat Islam harus menghindari sikap malas dan acuh tak acuh dalam pekerjaannya.
.
Ingatlah pesanan dalam Firman ALLAH SWT yang menggambarkan sifat-sifat orang munafik yang beribadat dengan malas, moga kita dijauhi dari sifat sedemikian.
.
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) kepada ALLAH (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan ALLAH pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas.
.
Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (Surah al-Nisa’, ayat 142)
.
Amatlah malang jika kita terus bermalasan dalam soal beribadah. Amalan kebaikan dan ibadah yang kita lakukan hari ini adalah untuk diri kita juga.
.
Jika kita malas beribadah apakah ada tabungan lain kita untuk dibawa bekal ke sana ? Tentu tidak!. Jadi, bangun dan terus berazamlah menjadi insan yang rajin dan cemerlang.
.
Moh kita amalkan potongan daripada Doa Al-Mathurat ini, sebagai pedoman dan panduan di setiap masa.
Moga kita semua dijauhi sifat kemalasan dan kelalaian yang merugikan.
.