Home Berita PAS Selangor

3 kluarga mangsa tanah runtuh disantuni – PAS Kawasan Damansara

137
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Damansara

Oleh : Umar Al-Hayawi

DAMANSARA, 19 September – PAS Kawasan Damansara menerusi Lajnah Kebajikan dan Kamasyarakatan PAS Cawangan Seri Cempaka telah turun menyantuni dan menyerahkan bantuan berbentuk barangan keperluan serta wang tunai kepada 3 keluarga mangsa tragedi tanah runtuh.

Keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh flat Sri Cempaka ini dilaporkan, kini tinggal sementara di pusat pemindahan yang bertempat di Sk Bandar Baru Sri Damansara 2.

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan setelah menghadapi ujian yang berat ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor