Home Berita PAS Selangor

Syabab Care santuni frontliners di Balai Bomba Selayang – Naib KP PAS Selangor

129
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SELAYANG, 19 September – Syabab Care Malaysia petang semalam, telah turun menyantuni para frontliners di Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dengan sumbangan makanan dan minuman seperti roti dan susu kambing.

“Mereka saban hari berkorban jiwa, raga, masa dan lain-lain lagi demi kemaslahatan rakyat bagi memberi keselesaan hidup kepada kita”, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia.

Sempena bulan Hari Malaysia, Team Syabab Care telah menghulurkan sedikit buah tangan bagi menyenangi hati mereka dengan perkara yang mengembirakan seperti sumbangan makan minum.

Ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menginfaqkan harta mereka melalui Syabab Care Malaysia. “Kami telah sampaikan amanah anda untuk disampaikan kepada para frontliners. Ayuh terus menyumbang bersama kami”.

“Anda sumbang, kami sampaikan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor