Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Sesi Parlimen dimulakan pagi semalam dengan titah oleh Yang Dipertuan Agong merasmikan persidangan.
Harapan tinggi Agong agar kestabilan politik dapat tercapai dan pemulihan ekonomi segera diusahakan dalam memulihkan negara yang berhadapan dengan pandemik Covid-19.
Dengan penuh prihatin dan kasih sayang Baginda bertitah agar dikembalikan sinar harapan pada rakyat dan negara. Titah Tuanku:
“Nasihat Beta kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat Beta sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.
Justeru, Beta menyeru kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 serta membawa kembali sinar kepada rakyat Beta dan negara tanah tumpahnya darah kita. Semoga Malaysia serta rakyat yang Beta kasihi akan terus diberkati dan dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan taufik dan hidayah, aman sentosa serta hidup bersatu padu di bawah lindungan-Nya.”
Malangnya sejurus Baginda berangkat pulang dan persidangan bermula blok pembangkang kembali mempamirkan sikap mereka sebelum ini. Menganggu perjalanan dewan, terlolong memekik dan memaki hamun sehingga hilang kemuliaan Dewan.
MP DAP dari Jelutong bertikam lidah dengan Timbalan Speaker sehingga mendakwa Timbalan Speaker telah menyalahgunakan kuasanya dan memalukan Dewan.
Apabila didesak tarik balik dakwaannya beliau enggan sehingga terpaksa dihalau keluar Dewan.
Seluruh negara menyaksikan aksi biadap mereka sedang baru sahaja Agong bertitah dan memberi nasihat.
Salah siapa negara jadi kalut dan tegang begini?
Mereka inilah sesungguhnya yang telah mengambil kesempatan menyalahgunakan suara meteka yang berlebihan dalam Dewan semata-mata untuk menganggu kelancaran urusan kerajaan walaupun rakyat menderita menghadapi bahana Covid-19.
Penyelesaiannya pastikan mereka ini ditunjuk jalan keluar pada PRU 15 nanti.
15 September 2021 | 8 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor