Home Berita PAS Terengganu

Sidang DUN Terengganu | Optimumkan penglibatan komuniti setempat dalam industri pelancongan

72
SHARE

KUALA TERENGGANU, 15 September – Kerajaan negeri bersedia melibatkan komuniti setempat dalam memajukan industri pelancongan di Terengganu secara optimum.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, antara langkah yang telah diambil ialah mengalakkan penyertaan komuniti setempat bagi menggerakkan program pelancongan berasaskan komuniti (CBT).

“Kita tawarkan pakej pelancongan CBT yang kreatif dan mampu menarik pengunjung dalam melahirkan komuniti yang berfikir dan bertindak ke arah pelancongan.

“Langkah ini berjaya memberi pulangan secara langsung kepada komuniti setempat termasuk berjaya mengenalpasti produk-produk CBT yang berpotensi untuk diketengahkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rantau Abang, Alias Harun di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14, di sini, hari ini.

Tambahnya, antara contoh CBT yang berjaya adalah Dataran Batu Putih, Kalang Warisan dan Merchang di daerah Marang.