Home Berita PAS Terengganu

Sidang DUN Terengganu | Seminar ‘Mental Health Advocater’ secara atas talian

12
SHARE

KUALA TERENGGANU, 15 September – Kerajaan negeri menerusi Badan Bukan Kerajaan(NGO) akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan(KBS) melalui Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSNT) dalam melaksanakan Seminar Mental Health Advocater secara atas talian pada Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata program tersebut mampu mencetuskan perkembangan positif selain mencerminkan tahap keprihatinan yang tinggi terhadap isu kesihatan berkenaan.

“Kita sedia maklum bahawa masalah mental antara isu serius yang dihadapi masyarakat ketika pandemik COVID-19.

“Oleh sebab itu, program kesedaran mengenai kesihatan mental perlu dititip dalam kalangan komuniti terutama belia bagi memperkasa keutuhan mental mereka untuk berhadapan dengan cabaran semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau berharap seminar sebegini dapat menjadi platform kepada belia berkongsi masalah, mendapatkan kaunseling tentang cara dan bagaimana menguruskannya mengikut saluran yang tepat.