Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
PAS merupakan sebahagian dari kerajaan “Keluarga Malaysia” pimpinan PM YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Sebagaimana sebelum ini ia sebahagian dari kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebagai rakan dalam kerajaan tugas PAS adalah mendukung dan mempertahankan kerajaan selagi mana ianya diurus selaras dengan kehendak dasar perjuangan PAS. Sejarah PAS membuktikan PAS tidak pernah khianat apabila berkawan apalagi mengugut dan mengambil kesempatan dari kawan.
Dalam isu calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang akan diputuskan Selasa nanti, parti kerajaan telah mengemukakan Datuk Seri Ahmad Maslan MP Pontian sebagai calonnya. Dengan itu ia juga adalah calon PAS dan PAS akan mengundi menyokongnya.
Pihak pembangkang mendakwa Ahmad mempunyai kes di mahkamah lalu beliau tidak layak. Sejak bilakah seorang yang belum sabit kesalahannya dikira bersalah?
Kita mendukung kedaulatan undang-undang, dan dalam sistem kita seseorang dikira tidak bersalah sehinggalah disabit kesalahannya.
Sebagaimana Setiusaha Agung DAP Guan Eng, walau didakwa dengan kes rasuah di mahkamah, beliau masih bebas sebagai MP kerana beliau tidak lqgi disabit bersalah.
Apapun yang muktamad PAS tidak sekali-kali akan sokong atau terima calon DAP Nga Kor Ming sebagai calon Timbalan Speaker.
12 September 2021 | 5 Safar 1443H
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor