Home Berita PAS Terengganu

Muslimat, Ameerah sumbang tenaga, beri motivasi

61
SHARE

KUALA NERUS – Muslimat dan Ameerah DUN Bukit Tunggal menyumbang tenaga dan memberikan motivasi agar penduduk yang terjejas akibat terputus bekalan air terus bersemangat mengharungi dugaan.

Ketuanya, Puan Norizan Hussin berkata, daripada sebanyak 650 buah rumah yang terkesan, terdapat kelompok yang lebih sukar, termasuk mereka yang kurang berkemampuan seperti orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan juga mereka yang dikuarantin.

“Ada yang terpaksa mengangkut air dengan botol-botol kecil kerana tidak berdaya menggunakan bekas-bekas besar seperti orang lain yang sihat,

“Muslimat dan Ameerah mengambil inisiatif memberikan khidmat mengangkut air sekaligus membantu meringankan beban mereka, ” katanya ketika ditemui.

Oleh itu, kata beliau, seramai 14 orang Muslimat dan Ameerah, telah turun membantu 11 keluarga yang uzur dan sakit, di Taman Perumahan Desa Jaya, Gong Pak Damat, Jumaat lalu.

Sementara itu, menurut beliau, Muslimat turut membantu lapan buah rumah yang tiada bekas untuk takungan air di Banggol Air Lileh.

Puan Norizan yang juga Penolong Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu berkata, selain memenuhi tanggungjawab, khidmat yang diberikan dapat mengeratkan ukhuwah.

“kita berharap penduduk berasa gembira dengan khidmat yang dihulurkan oleh para Muslimat dan Ameerah Bukit Tunggal.” tambahnya.