Home Berita PAS Pulau Pinang

Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang Ke Arah Melahirkan Amilin Berintegriti Tinggi

2532
SHARE

POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR 6 Jun 2017 : Program Sehari Bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang (PPDHPP).

Program anjuran Darul Hadis ini bermula jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang dan yang turut serta memeriahkan program adalah  YBhg. Datuk Haji Abd Aziz Aban (Pengarah SPRM Pulau Pinang), Encik Awangkok Ahmad Taufik Putra bin Awang Ismail (Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang) serta Pegawai Kanan SPRM Pulau Pinang.

Antara objektif program adalah mendedahkan warga kerja darul hadis dan sekolah agama terdekat dengan amalan berintegriti dlm pengurusan.Sebagai Rekod, Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang menjadi pusat pengajian Islam pertama di negeri itu menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) hari ini.Bacaan ikrar dibaca oleh timbalan mudir, ustaz mohd asril hafiz bin che hashim dan majlis penyerahan dokumen IBR di serahkan oleh mudir, ust mohd hanif bin haron.

Antara kalam menarik disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Abd Aziz Aban adalah SPRM menghargai peranan institusi agama seperti PPDHPP ini yang mampu membawa mesej anti rasuah melalui pelbagai medium seperti ceramah, kuliah dan khutbah yang disampaikan kepada masyarakat. Beliau juga menyeru lebih banyak institusi agama tidak kira Islam, Buddha, Hindu dan apa sahaja untuk turut sama menandatangani IBR ini bagi menunjukkan bahawa semua pihak ada peranan untuk membanteras rasuah.

Hadirin termasuk pelajar seramai 40 org terlibat. Staff, ahli lembaga pengarah dan amilin yg terlibat seramai 20 org.

{jathumbnail off}