Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Adakah isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) ini suatu perkara baru yang sebelum ini tidak diketahui umum?
Saya bertanyakan soalan ini kerana tiba-tiba Biro Politik PKR seakan tersentak dari tidur dan memanggil MB Selangor dan EXCO Alam Sekitar kedua-dua dari PKR untuk memberikan keterangan.
Barangkali tekanan dan suara lantang bantahan rakyat membingitkan telinga mereka sehingga tersentak sedar dari tidur.
Cukup-cukuplah bermain politik dan berdolak-dalik. Biro Politik PKR kononnya mendapat jaminan Menteri Besar bahawa beliau akan menangguhkan proses penyahwartaan HSKLU sehingga Kerajaan Negeri selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu yang telah dibangkitkan.
Selesai dan timbangkan apalagi?
Semua proses termasuk sejumlah 129 034 bantahan awam telah pun disampaikan termasuk dari NGO Alam Sekitar dan komuniti Orang Asal suku Temuan namun pada tarikh 5 Mei 2021 dalam mesyuarat MMKN 17/2021 kerajaan negeri memutuskan untuk menyahwartakan hutan ini.
Dan terbaru kelulusan nyahwarta ini telahpun di warta bermakna telah berkuatkuasa pada 12 Ogos 2021 (sila lihat warta kerajaan di bawah). Sedangkan dalam sidang DUN Selangor EXCO Alam Sekitar sebut ianya sedang dalam proses.
PH atau PKR atau kerajaan negeri tak perlu menggelupuh dan bermain silap mata dengan rakyat. Nyahwarta ini sudah pun berkuatkuasa jadi tiada makna ianya mahu ditangguh kecuali di BATALKAN sahaja dan dikembalikan semula pada status Hutan Simpan. Rakyat mahukan ia di BATAL kan!
2 September 2021 | 24 Muharram1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor