1. Alhamdulillah syukur kita kepada ALLAH SWT atas nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 64 tahun ini. Hari kemerdekaan amat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi pejuang-pejuang tanah air terdahulu yang berusaha siang malam menentang penjajah.
2. Saya mengajak seluruh masyarakat untuk memahami erti sebenar kemerdekaan, yang pastinya bukan sahaja merdea dari segi bebas daripada cengkaman penjajah, malah turut bebas daripada belenggu kejahilan.
3. Sama-samalah kita berganding bahu, bersatu hati tanpa mengira latarbelakang, untuk membina suasana harmoni, aman makmur di bumi Malaysia, khususnya di WP Labuan, serta selari dengan acuan Islam.
“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2021 Kali Ke-64”
Hj Hamir Zahari,
YDP PAS Kawasan Labuan
Timb. Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan
31 Ogos 2021