Home Rencana PAS Selangor

Salam perpaduan, salam kemerdekaan – Ketua DPPK Hulu Langat

165
SHARE

May be an image of 3 people, headscarf and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Zurk Ahmad
Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat

Tarikh 31 Ogos 2021 menandakan tahun ke-64 kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta. Alhamdulillah, ianya merupakan satu tempoh yang cukup lama dan kekal sehingga ke hari ini.

Pastinya kita semua mahukan nikmat kemerdekaan ini berterusan dan berpanjangan. Maka menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk sentiasa menjadi ejen penyatuan serta berterusan memupuk dan mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Ayuhlah kita mewarnai kemerdekaan kali ini dengan menjaga Keluarga Malaysia ini sebaiknya. Elakkan daripada permusuhan dan perpecahan yang berterusan apatah lagi dalam situasi pandemik yang amat mencabar pada ketika ini.

Mewakili seluruh barisan kepimpinan dan Exco Dewan Pemuda PAS Hulu Langat (DPPHL), kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 buat seluruh rakyat Malaysia.

Semoga kita semua semakin matang dan terus gagah melangkah menempuh apa jua halangan, demi Islam dan Malaysia tercinta. Panjatkan doa agar nikmat perpaduan dan kemerdekaan ini terus terpelihara. Dengan izin Allah s.w.t. InsyaAllah!

“Salam Perpaduan, Salam Kemerdekaan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor