Home Rencana PAS Selangor

Perutusan Hari Kebangsaan Ke-64 – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

35
SHARE

May be an image of 2 people and text

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-64
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

MALAYSIA PRIHATIN

64 tahun kita telah diberikan nikmat oleh Allah SWT untuk menguruskan negara kita dari terus mengikut telunjuk penjajah. Era pemisahan agama dari kehidupan sebenarnya telah berlalu tetapi doktrin penjajahan masih menebal dan kita gagal mentadbir mengikut acuan kita sendiri.

Natijahnya kita gagal mengurus negara dengan baik sehingga kerajaan yang ampuh tersungkur akibat urus tadbir yang tersasar dari acuan. Inilah episod untuk diambil pengiktibaran, apabila kita sama-sama lemah, bangkit semula membina kekuatan bersama.

Hari ini musuh kita tidak dapat dilihat dari mata kasar bukan sesama sendiri apabila telah Merdeka dari penjajahan. Ribuan telah tumpas kembali ke negara abadi. Jutaan telah tersadai di pusat kurantin dan rumah sakit. Sebagai sebuah keluarga besar “Keluarga Malaysia”, setiap jiwa Malaysia memainkan peranan untuk memerdekakan rakyat Malaysia dari wabak Covid-19.

Kerajaan “Malaysia Prihatin” akan terus memainkan peranan dalam membebaskan setiap jiwa dari belenggu Covid-19 agar kita dapat mengadaptasikan norma kehidupan bersama makhluk ciptaan Allah SWT.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

22 Muharam 1443H | 31 Ogos 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor