Home Berita PAS Wilayah

Hayati erti kemerdekaan Malaysia.

1379
SHARE

Malaysia sudah mengharungi 64 tahun sebagai negara merdeka. Sungguhpun begitu, berapa ramai di antara kita ataupun dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri yang benar-benar faham dan menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan.
Semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata.
Oleh itu, sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke-64 bagi tahun 2021 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.
Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.
Burung Bangau Di Sawah Padi, Luka Berdarah Diikat Tali, Jika Patriotisme Kurang Disemadi, Mungkin Sejarah Lampau Berulang Kembali.
Justeru itu, PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-64 dan Hari Malaysia.
Merdeka !! Merdeka!! Merdeka!!
PAS Kawasan Wangsa Maju
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju
Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju