Home Berita PAS Selangor

Ameerah Sungai Besar meneruskan khidmat bakti – PAS Kawasan Sungai Besar

114
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Ahmad Fansuri

SUNGAI BESAR, 29 Ogos – Ameerah Sungai Besar hari ini meneruskan khidmat bakti dengan mengedarkan bakul makanan kepada 12 buah keluarga di sekitar DUN Sungai Panjang.

Melalui sumbangan yang disampaikan, rata-rata keluarga adalah keluarga yang terkesan dari sumber pendapatan akibat pandemik yang berlaku ketika ini.

Puan Ummu Salwa binti Sabran, Ketua Ameerah Sungai Besar bersama petugas Ameerah telah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas. Sumbangan yang diberikan adalah dari Pejabat Ahli Parlimen Sungai Besar yang telah diamanahkan kepada Ameerah untuk menyampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Ada beberapa buah keluarga yang ditemui sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah akibat kontak rapat dengan pesakit yang positif.

Perkembangan yang baik apabila ramai yang positif ini ialah datang dari kategori 1 dan 2 yang hanya perlu menjalani kuarantin secara kendiri. Ini berikutan, peningkatan vaksinasi yang diberikan oleh kerajaan sudah membuahkan hasil yang positif.

“Terima kasih sangat-sangat kepada Ameerah Sungai Besar yang membantu keluarga saya dalam musim pandemik ini. Keluarga kami pun terjejas disebabkan suami tidak dapat bekerja”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor