Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas pelantikan kabinet baharu kerajaan Malaysia.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan kepada 8 wakil rakyat PAS untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang besar ini.
Dengan berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang ada dalam jiwa setiap anggota kabinet PAS, kami yakin mereka akan membantu YAB Perdana Menteri membawa negara ke tingkatan yang lebih baik dan tinggi.
Selamat berkhidmat kepada semua menteri kabinet. Kami mendoakan agar barisan kabinet baharu kerajaan Malaysia sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT dan sentiasa diberikan kekuatan untuk memimpin negara demi keluarga Malaysia.
Siiru ‘ala Barakatillah.
27 Ogos 2021 | 18 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor