Home Berita PAS Selangor

Sumbangan “wireless spray gun sanitizer” kepada PPV Kulim – Naib KP PAS Selangor

146
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KULIM, 26 Ogos – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor Muhammad Fadzli Abu Bakar, juga penggerak utama Syabab Care Malaysia, menyatakan bahawa Team mereka harini bersama dengan Tabung Bencana COVID-19 PAS Pusat menyampaikan sumbangan berbentuk “Wireless Spray Gun Sanitizer” kepada PPV Kulim serta tempat-tempat pemberian vaksin sekitar Kulim.

Menurut beliau, sumbangan tersebut disampaikan melalui Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Nasrun Othman yang mengetuai khidmat Jabatan Amal Malaysia Padang Serai yang bertugas di PPV sekitar Kulim.

“Dimaklumkan kepada kami, sudah berbulan-bulan Jabatan Amal Malaysia bertugas di PPV”, katanya.

“Jadi, dengan ada sanitizer spray gun ini ia dapat membantu para anggota Amal sentiasa berada dalam keadaan selamat dan juga sebagai salah satu usaha untuk menghindari virus COVID-19”, katanya.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang menginfaqkan harta masing-masing melalui Syabab Care Malaysia.

“Kami telah menunaikan amanah sumbangan kalian kepada semua yang memerlukan di sini”, katanya lagi.

Terus menyumbang bersama Syabab Care Malaysia. “Anda sumbang, kami sampaikan”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor