Home Berita PAS Selangor

Peniaga ‘laksa’ antara penerima ‘Bakul Prihatin Negara’ – DMPK Sungai Besar

139
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Shahril Rizal Saidon

SUNGAI BESAR, 25 Ogos – Dewan Muslimat PAS Sungai Besar petang tadi menyerahkan bantuan berupa Bakul Prihatin Negara kepada 5 keluarga di Kampung Parit 13 Sawah pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut, 2 Keluarga yang ditemui terjejas oleh kerana suami mengalami sakit strok, Ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak tiri dan salah seorangnya mengalami sakit tulang belakang.

Satu daripadanya adalah peniaga pasar malam yang sangat terjejas dengan hasil ‘jualan laksa’ dan sebuah lagi keluarga En Zainordin Daud yang mempunyai 6 orang isi rumah turut terjejas akibat pandemik Covid-19 ini.

Sumbangan diserahkan oleh Ustazah Hjh Meseripah bt Hj Sirat bersama beberapa ahli jawatankuasa muslimat yang lain dan bantuan berkenaan telah diserahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Doa dan tanggung jawab ini tetapi akan kami teruskan selagi masyarakat ingin membantu menyalurkan sumbangan kepada mereka yang terkesan di kawasan ini.

Kita amar berbesar hati kerana Pejabat Ahli Parlimen Sungai Besar memberikan amanah dan urusan ini agar kami dapat membantu masyarakat setempat. Turut hadir pagi tadi adalah Muslimat cawangan Parit 13 Sungai Nibong, Puan Masnah Sahid

“Terus amalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk kita selamat dari wabak ini”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor