Home Rencana PAS Selangor

Jabatan Amal frontliner jemaah – Pengarah JAMN Selangor

52
SHARE

May be an image of 6 people and text

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Setiap bencana yang Allah turunkan kepada manusia sama ada bencana alam semulajadi, bencana buatan manusia atau bencana penyakit berjangkit sememangnya tidak mampu dihalang oleh manusia atau mana-mana kuasa besar dunia sekalipun.

Sifat bencana itu sudah pasti akan ada kehilangan jiwa dan kecederaan, kerosakan harta benda dan alam sekitar malah menjejaskan aktiviti sosial dan ekonomi masyarakat setempat namun itulah ketentuan Allah menguji sejauh mana keimanan kita.

Malaysia tidak terkecuali dari menjadi negara yang kerap ditimpa bencana alam, belum reda bencana Covid-19 datang pula bencana banjir kepala air dari Gunung Jerai Kedah baharu ini dan kini musim tengkujuh pula melanda negara kebiasaannya berlaku sehingga hujung tahun.

Menjadi rutin kebiasaan apabila berlaku bencana di nagara ini kita tidak pernah lekang dengan kehadiran pelbagai bantuan dari agensi kerajaan dan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan, aktivis kemanusiaan serta keikhlasan masyarakat menghulur bantuan dan sumbangan bagi membantu mangsa bencana.

Namun menjadi perhatian setiap kali bencana akan hadir sekumpulan anak muda berbaju merah Maroon dari Jabatan Amal Malaysia ini sepertinya melengkapi kontinjen misi bantuan bencana negara dalam membantu pihak berkuasa dan rakyat yang memerlukan.

Belum pun habis Khidmat sukarelawan mereka sebagai petugas di Pusat Pemberian Vaksin, Pusat Saringan Covid19, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid19, pengurusan sanitasi dan Pengurusan Jenazah Covid19 sepanjang pendamik Covid-19 melanda negara, kini mereka hadir hampir dari serata negara untuk membantu penduduk mangsa banjir di Kedah pula.

Daripada tugasan memasak makanan buat mangsa dan petugas, mencuci rumah mangsa banjir, sekolah, masjid dan dewan sehingga memotong kayu pokok-pokok balak yang hanyut di sungai dan menyambung saluran air bersih dari gunung kepada penduduk sekitar, sebut apa sahaja tugasan yang diperlukan, sukarelawan tidak berbayar ini dengan Pantas mereka akan lakukan.

Tidak keterlaluan jika semut merah ini digelar petugas barisan hadapan atau “Frontliner” bagi jemaah PAS dan Negara kerana fungsi dan tugasnya sentiasa fokus kepada kerja-kerja membantu rakyat yang memerlukan bantuan ketika bencana melanda negara, tekun melaksanakan tugas tanpa menghiraukan perkara remeh fitnah nitizen di media-media sosial.

Keberadaan mereka sentiasa tepat pada masa dan keadaan, sesuai dengan peranan dan fungsi yang diberikan oleh pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai pasukan sekarelawan beruniform yang berkemahiran dalam misi Kebajikan dan kemanusiaan.

Adakah peranan mereka ini cukup sekadar disini, dan apa seterusnya langkah Pemuda PAS bagi membentuk hala tuju buat anak-anak muda berbaju Maroon ini. Sebagai Pengurus Khidmat Malaysia Negeri sudah pasti Badan Pengurusan Kecemasan dan Bencana ini mahu anggota Jabatan Amal Malaysia berperanan lebih luas dalam membantu pihak berkuasa selepas ini, namun ia bergantung pada tahap kesiapsiagaan mereka.

Tahniah dan syabas atas peranan anggota Jabatan Amal Malaysia PAS seluruh Negara, anda telah menunjukan keupayaan organisasi ini berperanan dengan baik dalam jemaah mahupun luar jemaah bersama masyarakat. Semoga Allah Pelihara seluruh anggota Jabatan Amal Malaysia dan kepimpinannya. Seeru ala Barakatillah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor