Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Shahril Rizal Saidon
Sungai Besar, 24 Ogos – Sebuah keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah menjadi antara penerima bantuan daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Besar semalam.
Ustazah Hjh Meseripah binti Haji Sirat berkata, pihaknya memahami kesukaran dihadapi oleh ahli keluarga itu selepas salah seorang daripada mereka didapati positif Covid-19 dan perlu dikuarantin.
Disebabkan itu, Hjh Meseripah berkata, keluarga berkenaan telah dibantu memandangkan mereka tidak dapat keluar untuk mendapatkan barangan keperluan.
Dalam serahan semalam, Kami sempat melihat telatah anak kecil keluarga ini yang berusia 5 dan 3 tahun begitu seronok melihat susu tepung di dalam bungkusan sumbangan yang dibawa.
Muslimat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penduduk sekitar Kampung Desa Ehsan Sungai Nipah yang menyalurkan maklumat agar kami dapat turun menyerahkan sumbangan seberapa segera kepada keluarga tersebut.
Selain Muslimat, YB Cikgu Muslimin bin Yahaya, Ahli Parlimen Sungai Besar turut menyerahkan Bakul Prihatin Negara melalui wakilnya dan bantuan berkenaan telah diserahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Keluarga 4 beranak tersebut turut bersyukur apabila dipilih sebagai penerima bantuan itu dan pihaknya berharap lebih banyak masyarakat dapat tampil membantu golongan memerlukan sewaktu PKP ini.
“Terus amalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk kita selamat dari wabak ini”
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor