Oleh: Zulaikha Zulkiflee
23 Ogos 2021
KOTA KINABALU : Keluarga Zainul Ariffin telah menerima sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah melalui YB Dr Aliakbar di bangunan Wisma Merdeka Kota Kinabalu sabtu lepas.
Sumbangan berbentuk wang tunai tersebut bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Zainul setelah pemergian anak tersayang, arwah Muhammad Zul Aris bin Zainul Ariffin berusia 8 bulan pada 20 Ogos lepas akibat masalah jangkitan paru-paru.
YB Dr Aliakbar sempat mengucapkan takziah atas pemergian anak beliau dan menyampaikan kata-kata semangat kepada keluarga arwah agar sabar menghadapi ujian yang menimpa.
Dalam pertemuan tersebut, Zainul Ariffin turut menyatakan ucapan terima kasih beliau atas sumbangan dan ingatan para penyumbang yang telah memberikan bantuan sepanjang mereka berada di Hospital Queen Elizabeth II.
Hadir bersama, YDP PAS Kawasan Kota Kinabalu Ustaz Mohd Tarmizi Mohd Yahya, Pen. Setiausaha II DMPNS merangkap Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita, Hasima Abu Nawas dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Fadilah Nordin.