Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Puan Nor Zarina Mohd Azhar
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Muafakat Nasional Wanita Selangor terus melafazkan kesyukuran atas pelantikan YAB Dato’ SRI Ismail Sabri Bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9. Kesyukuran serta ucapan tahniah ini telah dimeterai bersama di dalam perbincangan ukhuwah antara Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor dan Wanita UMNO Selangor. Tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai bukti bahawa Penyatuan Ummah ini adalah lebih utama diuruskan untuk memberi manfaat kepada Ummah ketika ini.
Bersamalah kita menyokong dan mendukung kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-9 ini dan terus berdoa agar kepimpinan beliau dikurniakan taufiq, hidayah dan inayah untuk memimpin Malaysia.
Semoga Allah merahmati semua pemimpin negara, diberikan kebijaksanaan serta hikmah dalam memimpin dan rakyat ini mendapat keberkatan dan kesejahteraan. Ia juga sebagai jalan menuju ke arah negara yang berkebajikan dengan model kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah SWT:
﴿الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ٤١﴾
“Iaitu mereka (umat Islam) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (bernegara), nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah daripada perbuatan yang munkar; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41)
22 Ogos 2021 | 13 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor