Home Rencana PAS Selangor

Akur dan terima PM ke-9 demi Malaysia – Setiausaha BPPN Selangor

94
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "smail Sabri S new PM ISMAILSABRI"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Alhamdulillah redalah sudah teka-teki dan spekulasi. Si Mat Jenin, Pak Kadok, Pak Pandir semua gagal walau telah memanaskan keadaan dengan pelbagai usaha dan komplot.

Allah SWT takdirkan perancanganNya lah yang terbaik apabila 114 dari 220 ahli Parlimen yakin dan bersetuju agar Dato Sri Ismail Sabri diangkat sebagai PM ke-9.

114 melebihi majoriti mudah 111, dan ini suara dan kehendak wakil-wakil yang mewakili seluruh rakyat Malaysia dan diperkenankan pula oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja’raja Melayu.

Oleh kerana kita taat setia pada Raja dan Negara, meluhurkan Perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang maka ayuhlah bersama di bulan kemerdekaan yang keramat ini kita mengiktiraf pilihan majoriti Raja-raja dan wakil-wakil rakyat kita.

Negara sedang diuji dengan pandemik yang melanda dunia. Lebih 13,713 telah terkorban di Malaysia sejak tengah malam 19 Ogos. Kehidupan rakyat terganggu, semua dalam kerisauan dan kebimbangan.

Berilah peluang pada PM baru ini untuk memimpin kerajaan dan melaksanakan tugasnya dengan bantuan rakan-rakan kabinetnya. Kita berikan kerjasama dan bersama berdoa moga Allah SWT menyelamatkan kita semua.

Yang Dipertuan Agong bertitah agar kemelut politik dalam negara berakhir dengan perlantikkan ini. Kesemua ahli Parlimen diseru agar bersolidariti dan bersama menghadapi ujian semasa demi rakyat dan negara.

Cukup-cukuplah berpolitik rakyat sudah mual dan bosan. Yang kecewa tidak cukup “numbers” atau gagal mendapat sokongan berlapang dadalah dan tidak perlu lagi mencetus ketegangan dan huru-hara sehingga turun ke jalanan kerana keputusan telah dibuat.

Parti-parti yang mendukung kerajaan ini termasuklah PAS, BN, Bersatu, GPS dan lain-lain juga perlu berikan kerjasama sebaiknya agar PM baru dapat bebas mentadbir dan melaksanakan pelannya demi rakyat dan negara.

Bersabar, susun sama-sama jentera dan tenaga bersama untuk bersiap-sedia menghadapi PRU ke 15 nanti, satu lawan satu.

Nasib dan masadepan agama, bangsa dan negara di tangan kita. Jangan lagi persia atau kecewakan harapan rakyat. Bermuafakat membawa berkat InsyaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor