BAGAN SERAI, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak merangkap ADUN Gunung Semanggol YB Tuan Hj Razman Zakaria menyantuni asnaf bersama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semanggol/ Selinsing dalam program ‘Peladang PRIHATIN Covid 19’ pagi tadi.
Sejumlah 200 ahli layak menerima sumbangan barang makanan berupa beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain barangan kering yang ditaja oleh syarikat pengeluar racun Advansia dan juga inisiatif dari PPK Gunung Semanggol/Selinsing.
Sementara itu di pihak YB turut menyumbang kotak makanan sebagai tambahan dari sumbangan sedia-ada.
Penerima terdiri dari ahli-ahli PPK yang terkesan dalam situasi pandemik covid 19.
Turut hadir pengurus besar PPK Semanggol / Selinsing En. Ahmad Che Ros, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPK Tn. Hj. Abdul Rahman dan wakil syarikat Advansia.