Home Kenyataaan Media PAS Perak

PAS Perak rakam tahniah pelantikan Perdana Menteri Ke-9

408
SHARE
Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak
PAS PERAK RAKAM TAHNIAH PELANTIKAN PERDANA MENTERI KE-9
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
PAS Perak juga mengucapkan setinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat besar ini.
PAS menyeru semua pemimpin dan rakyat untuk menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ini, bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.
“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”
YB Hj Razman Zakaria
(Pesuruhjaya PAS Perak)
Tarikh: 11 Muharram 1443 / 20 Ogos 2021