“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Salam takziah buat saudara-saudara kita di Yan Kedah atas Musibah Banjir yang melanda semalam. Sudah pasti ia adalah Bencana alam yang berlaku diluar kawalan kita dan ia datang sebagai ujian dari Allah buat hambaNya yang beriman.
Kejadian banjir berlaku apabila hujan pada kadar luar biasa di puncak gunung jerai menyebabkan limpahan air sungai di kawasan sekitar dan arus air deras telah menghayutkan pokok kayu balak, sampah dan tersangkut di lintasan dan halangan dan melibatkan 100 buah rumah yang terjejas.
Memahami sifat dan sikap para anggota Jabatan Amal keseluruhannya sudah pasti dalam hati sahabat2 semua berkobar untuk turun membantu di sana setiap kali menerima berita bencana alam.
Namun, makluman daripada Khidmat Malaysia Negeri Selangor, setakat ini tiada lagi keperluan bantuan perlu digerakkan ke Kedah atas faktor tertentu dan meminta seluruh agensi PAS termasuk Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor agar terus kekal tenang dan berada di posisi kita ketika ini memberi fokus kepada keperluan kejadian banjir yg berlaku di Sepang, Tanjung Karang dan Hulu Selangor terlebih dahulu.
Semoga Allah permudahkan segala urusan sahabat2 Amal kita di Kedah dan diberi Allah ketenangan jiwa dan kekuatan tenaga untuk terus membantu mereka yang memerlukan di sana, seeru ala barakatillah.
19 Ogos 2021 | 10 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor