Dua hari yang sangat digalakkan untuk kita berpuasa dalam bulan Muharram ialah pada hari kesembilan (hari Tasu’a) dan hari kesepuluh (hari ‘Asyura)
Nabi SAW menyebutkan berkenaan puasa di hari Tasu’a dan hari ‘Asyura ini dalam sebuah hadis riwayat Ahmad:
“Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.”
Dalam hadis yang lain riwayat Al-Tirmizi, Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Puasa hari ‘Asyura itu: sesungguhnya aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.”
Dengan begitu banyak kelebihan yang akan didapatkan, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan menyeru seluruh rakyat Malaysia khusus di Wilayah Persekutuan untuk sama-sama berpuasa pada dua hari ini.
Semoga dengan berkat amalan berpuasa ini, Allah menghapuskan dosa-dosa kita seterusnya memakbulkan doa kita agar wabak COVID-19 ini diangkat dengan segera.
Siiru ‘ala barakatillah.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
‘Wilayah Sejahtera’
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
17 Ogos 2021 l 9 Muharram 1443H
https://www.facebook.com/1589112137969765/posts/2937141659833466/