Home Berita PAS Wilayah

Durian kampung antara ‘CENDERAHATI’ kepada 200 keluarga yang terkesan di sekitar parlimen Bandar Tun Razak

56
SHARE
Bandar Tun Razak
Petang tadi bertempat di Dewan MPP Subzon 2, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Bandar Tun Razak telah mengagihkan Bakul Makanan kepada hampir 200 keluarga di sekitar kawasan ini.
Bakul Makanan ini adalah sumbangan PAS Bandar Tun Razak dan diuruskan oleh Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS BTR dan Sekretariat Tabung Bencana Covid (STBC) PAS Bandar Tun Razak.
Menariknya, buat pertama kali hampir semua penerima bantuan menerima ‘cenderahati’ dari STBC berupa DURIAN KAMPUNG. Situasi ekonomi negara yang melanda sekarang menyebabkan ada keluarga yang terpaksa mengikat perut dengan menyekat perbelanjaan keluarga.
Mengambil kira situasi ketika ini, PAS Bandar Tun Razak mengadakan inisiatif dengan menyediakan lebih 500kg Durian Kampung utk dinikmati dan mengharapkan dengan cenderahati ini dapat memberikan sedikit keceriaan buat setiap keluarga yang menerima bantuan ini.
Pemberian sumbangan secara ‘Drive thru’ petang tadi turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS Bandar Tun Razak, Dr Hjh Rosni Adam yang turut membuat penyerahan kepada semua penerima. Turut hadir bersama dalam penyampaian Ketua Penyelaras STBC, En Khairul Jefferi Jamil juga merangkap Ketua Lujnah Kebajikan Kemasyarakatan PAS BTR, Timbalan En Abdul Kadir dan jaga barisan Ahli JawatanKuasa Seketariat Tabung Bencana Covid Bandar Tun Razak.
“Semoga dengan sedikit sumbangan dari PAS ini seperti ini dapat memberikan sedikit keceriaan dan kegembiraan buat keluarga yang terkesan dengan bencana Covid yang sedang melanda negara sekarang.”
Kepada yang ingin juga berinfaq atau menyumbang dana untuk program ini boleh menghubungi ketua penyelaras STBC di talian 0133525134 – En Jefferi.