Roslee 63 tahun, anak kelahiran Melaka dan membesar di Sungai Tua, Gombak ketika ditemui akui “Sudah lebih 11 tahun saya menjadi pengali kubur, dan tahun ini saya tidak sangka nama saya diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah” ujur beliau bila ditanya tentang anugerah yang diterima, “ini semua bukan untuk saya tetapi untuk semua barisan hadapan kalau tanpa mereka saya ini juga bukan siapa”.
Begitulah sikap Abang Roslee ketika kami pihak Khidmat Malaysia Negeri Selangor bersembang mesra sebelum memulakan tugas bersama beliau menguruskan Jenazah Covid-19 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak.
Pengalaman beliau sepanjang hidup membesarkan 7 orang anak dan seorang sudah meninggal dunia bukalah mudah, ditambah kehilangan isteri tersayang yang telah mengubah kerjaya beliau daripada seorang pekerja kontraktor paip kepada pengali kubur sekarang ini mempunyai ceritanya tersendiri.