Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang
Oleh : Umar Al-Hayawi
DENGKIL, 15 Ogos – PAS Cawangan Dengkil 2 telah turun menyantuni 10 buah keluarga Asnaf dan keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Desa Timah Langat, Kampung Batu 2 (depan jirat) dan Kampung Tok Aminudin.
Naib YDP PAS Kawasan Sepang, Ustaz Yusmi mewakili PAS Kawasan Sepang telah turun menyampaikan dan mengagihkan sumbangan Bakul Merdeka tersebut.
PAS Cawangan Dengkil 2 mengucapkan sekalung penghargaan kepada ahli-ahli serta orang ramai yang telah berkongsi rezeki yang menjadi nadi utama projek Sumbangan Bakul Merdeka ini dapat dijayakan.
Menurut PAS Kawasan Sepang, wakil PAS Kawasan Sdra Jeff dan Ustaz Amir akan meneruskan lagi pengagihan Bakul Merdeka di Kampung Dato dan Taman Dengkil Jaya pada hari berikutnya.
Semoga bantuan yang telah diberikan ini dapat membawa kegembiraan kepada para penerima dalam meneruskan kehidupan yang ternyata sukar di musim pandemik COVID-19 ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor