Home Berita PAS Selangor

Ameerah Care COVID-19 meneruskan misi – PAS Kawasan Sungai Besar

42
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Ahmad Fansuri

SUNGAI BESAR, 14 Ogos – Ameerah Care Sungai Besar telah meneruskan misi mendekati golongan wanita muda untuk menyampaikan amanah sumbangan daripada orang ramai. Sebanyak 10 buah rumah penerima telah disampaikan keperluan barangan asas di sekitar DUN Sekinchan hari ini.

Ameerah Care Sungai Besar menceritakan, kelihatan wajah kegembiraan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diungkapkan oleh keluarga para penerima. Di sebalik dugaan yang mereka hadapi dalam fasa COVID-19 ini, ada lagi insan yang ringan tulang membantu dalam kesulitan.

Semoga semua keluarga ini tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran hidup kini. Sokongan moral dan semangat perlu diberikan kepada mereka yang menghadapi cabaran dalam fasa pandemik ini.

Mari sama-sama cakna akan kebajikan jiran tetangga dan masyarakat kita. Salurkan maklumat kepada kami, insyaallah kami cuba bantu.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor