Home Berita PAS Selangor

Sumbangan barangan dapur buat para Muallimah PASTI – PASTI Kawasan Sepang

81
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SEPANG, 14 Ogos – PASTI Kawasan Sepang bersama Majlis Guru PASTI Sepang telah turun menyampaikan sumbangan kebajikan berupa barangan dapur kepada 30 orang Muallimah PASTI Sepang. Sebelum ini, pada minggu lepas, 4 orang Muallimah telah menerima alat peranti untuk tujuan PdPr.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung dan memberi keceriaan kepada semua penerima.
Sumbangan berupa wang tunai turut diberikan kepada Muallimah yang terkesan sepanjang tempoh PKP.

“Sumbangan berterusan ini membuktikan komitmen PASTI Sepang bagi menjaga kebajikan Guru dan Pembantu Guru PASTI di Sepang khususnya” ujar Pengerusi PASTI Kawasan Sepang merangkap Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sepang, Ustaz Khairul Azwar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor