Home Berita PAS Perak

PAS Lumut santuni limbungan bot nelayan bumiputera

329
SHARE

Oleh : Roslina Nor

LUMUT, PAS Kawasan Lumut diketua Yang DiPertua meluangkan masa turun beramah mesra dan membuat lawatan bertemu pengusaha dan pembuat bot di Kampung Sitiawan, di sini semalam.

Muara Setia Kawan yang terletak di Muara Sungai Kampung Sitiawan ini telah diusahakan oleh Doktor homeopati, Wan Zainal Abidin Wan Muda bersama anak-anaknya.

Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut, Rosli Abdul Rahman
dalam lawatannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Wan Zainal kerana berjaya menjadi seorang usahawan bumiputera menandingi usahawan non-bumiputera.

Dr. Wan Zainal ini merupakan seorang doktor homeopati yang terkenal di sini. Sejak tahun 2007, beliau telah menceburi bidang pembuatan dan senggaraan bot jenis gantian kaca (Fibre Glass).

Menurut Dr. Wan Zainal, bot ini dijual kepada para nelayan dan pengusaha pelancongan untuk aktiviti mereka dengan nilaian antara 10 ribu hingga 30 ribu bergantung kepada saiz atas permintaan.

“Banyak tempahan diterima daripada nelayan-nelayan pantai dan pengusaha pelancongan dari tempatan dan luar kawasan.

“Para pekerja seramai 13 orang terdiri daripada pemuda tempatan dan tiga orang daripadanya berasal dari negeri Kelantan amat berkemahiran dalam bidang tersebut termasuk salah seorang anak yang diberi tanggungjawab menguruskan sekarang,” tambahnya lagi.

Turut hadir Setiausaha PAS Kawasan Lumut, Hamidun Ahmad, Ketua Dewan Muslimat, Rohawati Abidin, Ketua Pemuda PAS, Muhammad Nizar Majid, aktivis PAS, Raai Yusof dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Lumut serta Jawatan kuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Khairuddin bin Ramli.