KRCAMALSELANGOR turut menjalankan penghantaran makanan siap bermasak untuk dua buah keluarga yang sedang kuarantin. Lima anak beranak sekeluarga dan sebuah keluarga asnaf ibu tunggal yang mempunyai enam orang anak.
Menurut kenyataan KRCAMALSELANGOR, penyelarasan tugasan relawan amal dan van amal serta memastikan relawan amal selamat dan dilindungi, juga kenderaan yang digunakan disanitasi selepas digunakan. Hari ini relawan membawa tiga orang pesakit untuk proses saringan di CAC Pelabuhan Klang.
Di petang hari pula relawan KRCAMALSELANGOR akan bertugas pula untuk program pengurusan jenazah Covid 19 di Perkuburan Islam Selat Klang. “Sebelumnya malam tadi relawan mengendalikan operasi memadam kebakaran kilang kerana kebetulan Relawan KRCAMALSELANGOR ini juga adalah anggota Bomba Sukarela Briged Amal”, tambahan keterangan.
2. Menghantar asnaf ibu tunggal setiap Isnin hingga Jumaat untuk berniaga di Gerai Asnaf KRCAMALSELANGOR. Asnaf dengan tanggungan lima anak ini sejak berhijrah ke Kota Raja hanya mempunyai sebuah motorsikal sahaja.