Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Inilah maksud yang sebenarnya.
Sebelum ini mereka mendakwa kerajaan ini gagal, mereka lantang menentang proklamasi darurat, kemudian mereka mendesak Parlimen segera bersidang.
Kerajaan kata mereka mesti mendengar suara rakyat. Jangan kekang suara ahli-ahli Parlimen.
Apabila Parlimen bersidang khas untuk mendengar pembentangan pelan pemulihan kerajaan, mereka ganggu pula, mereka bangkitkan pelbagai isu remeh, mereka perlekeh para menteri yang membentang hingga akhirnya persidangan terpaksa dihentikan.
Negara berhadapan dengan pandemik yang membimbangkan ralyat dan negara, mereka lebih ghairah bermain politik dan kejar kuasa.
Bila sidang dihentikan mereka berarak ke tengah jalan, menganggu ketenteraman awam.
Apa yang mereka mahu? Menyelamatkan negara?
Sebenarnya mereka lebih berminat merampas kuasa. PM perlu disingkir atau letak jawatan kerana yang tak sabar mahu naik adalah Anwar Ibrahim yang hampir mereput menunggu giliran untuk jadi PM.
Berapa ribu angka jangkitan, berapa ratus yang mati sehari, berapa juta yang terjejas kehidupan, itu tolak tepi dahulu, yang penting Anwar mahu jadi PM.
Inikah kesudahan yang ditunggu rakyat? Atau ini satu lagi malapetaka besar yamg lebih parah dari ancaman Covid 19 yang sedang kita semua hadapi.
Memetik kata-kata Tun Dr Mahathir (ketika itu Datuk Seri): “This man cannot be allowed to become a leader in a country like Malaysia” 23 Sept 1998.
13 Ogos 2021 | 4 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor