KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
12 Ogos 2021 | 3 Muharram 1443
KELONGGARAN VAKSINASI : DEMI RAKYAT DAN NEGARA
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengenai kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
PAS Perak amat berkeyakinan bahawa langkah diambil pihak kerajaan melalui kelonggaran yang diberikan demi rakyat dan negara dengan memberi penekanan terhadap institusi keluarga dan merancakkan ekonomi domestik.
Pihak kerajaan dalam usaha mengimbangi pemulihan ekonomi negara melalui penjanaan industri kecil dan sederhana agar terus berkembang baik demi kelangsungan hidup rakyat keseluruhannya tanpa meninggalkan kepentingan kesihatan dan keselamatan.
Oleh yang demikian, setiap kelonggaran yang diberikan mesti disertai dengan disiplin dengan pematuhan SOP arahan daripada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutamanya apabila wujudnya pelbagai virus COVID-19 jenis ‘Variant of Concern’ ketika ini.
Dalam masa yang sama, PAS Perak juga menyeru semua pihak agar kekal bertenang dan hentikanlah tindakan seumpama perebutan kuasa sebaliknya membantu pihak kerajaan dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
‘Kerajaan Prihatin’
HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak