Saat Rasulullah SAW dan sahabat Abu Bakar al-Siddiq RA bersembunyi di Gua Thur dari perancangan kaum musyrikin Makkah untuk membunuh Baginda, Allah SWT menurunkan ketenangan kepada Nabi Muhammad SAW dan menguatkannya dengan bantuan tentera malaikat.
Allah SWT menjadikan seruan syirik orang-orang kafir terbawah, kalah dengan sehina-hinanya dan Kalimah Allah (Islam) pada yang tertinggi selama-lamanya. Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bersama sahabat Abu Bakar al-Siddiq RA, Islam mula berkembang sehingga dapat menakluki dunia. Sama-sama kita hayati cabaran dan ujian yang ditempuhi oleh Baginda Rasulullah SAW.
Salam Hijratul Rasul 1443H.
Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti
https://www.facebook.com/datonikamar
MOHD AMAR ABDULLAH | 1 ZULHIJAH 1442
Pondok Tok Ayah Kedah, Kelantan Darul Naim