Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1443H buat seluruh umat Islam. Semoga dengan sambutan pada kali ini menjadikan umat Islam menelusuri dan menghayati Sirah Perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW sekaligus mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Justeru marilah kita berdoa agar diangkat segala bala dan kesukaran yang menghadapi dunia umat Islam pada masa kini.
“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
#MaalHijrah1443H
#PemudaPAS
#MemimpinNegara