Home Berita PAS Perlis

Kebajikan guru PASTI jadi keutamaan

184
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 10 Ogos: Meskipun PASTI telah dibenarkan beroperasi secara bersemuka, kebajikan para gurunya terus menjadi keutamaan PASTI Negeri Perlis.

Pagi tadi, telah berlangsung program Sumbangan Prihatin Majlis Guru PASTI PERLIS bertempat di Kompleks PAS Perlis, dekat sini.

Program anjuran MGP Negeri (MGPN) Perlis itu bertujuan menyampaikan sumbangan kepada para guru PASTI yang berdaftar di bawah MGPN.

Menurut Pengarah PASTI Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, program diadakan dengan menggunakan peruntukan dana daripada Majlis Guru PASTI Malaysia yang diserahkan melalui MGP negeri.

“Alhamdulillah, hari ini para guru telah menerima sumbangan berupa pek makanan asas yang diserahkan secara pandu lalu.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban perbelanjaan mereka,” katanya ketika ditemui di sini.

Turut hadir pada program berkenaan, Pengerusi MGP Perlis, Nor Hayati Abd Razak.